Skip to main content
Ekonomi

Penerusan Program Baucar Buku 1 Malaysia Diterima Baik Pelajar

By 24 Oktober 2015Oktober 25th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Dila Khamde

PUTRAJAYA, 24 Okt 2015 (Malaysiaaktif) – Keputusan kerajaan untuk meneruskan Program Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai 250 ringgit bagi 1.2 juta pelajar dalam pengumuman Bajet 2016 semalam, telah diterima baik oleh pelajar dari salah sebuah universiti tempatan.

Nurfarahin Hizan, 23 tahun berkata “Saya sebagai seorang pelajar, merasakan dengan adanya baucar buku ni dapat membantu pelajar-pelajar macam kami, terutamanya jika hendak membeli buku yang mahal”.

Tambahnya bantuan ini, ia dapat meringankan beban untuk membeli buku.

“Pelajar tidak akan membazir dengan membeli benda yang tak sepatutnya. Seperti mana yang kita tau, bila dapat duit, mereka akan beli telefon bimbit atau barangan selain buku”

Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kerajaan akan memperkemaskan kaedah penebusan yang hanya boleh diterima di kedai-kedai buku yang diiktiraf.

 

Tinggalkan komen anda