Skip to main content
EkonomiHome

1.6 Juta Penjawat Awam Bakal Terima Manfaat

By 24 Oktober 2015Oktober 25th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Dila Khamde

PUTRAJAYA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Bagi menghargai perkhidmatan awam, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak 1.4 billion ringgit.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa pembentagan Bajet 2016 di Parlimen semalam, 1.6 juta penjawat awam bakal menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred masing-masing.

Selain itu, pemberian khas sebanyak 500 ringgit turut diperuntukan kepada mereka dan seramai 700 ribu pesara kerajaan pula bakal menerima 250 ringgit.

Tambah beliau, kerajaan juga akan menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.

Antaranya, menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan, menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan dan melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangya 15 tahun.

Gaji minimum di semua sektor terlibat kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah akan dinaikkan kepada 1 ribu ringgit sebulan di Semenanjung manakala 920 ringgit sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perlaksanaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

 

 

Tinggalkan komen anda