Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerlisViral

Perlis Dikunjungi Pengamal Media Seluruh Negara

By 27 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)

KANGAR, 27, Okt (Malaysiaaktif) — Pengamal media dari seluruh negara kini menjadi tetamu dalam lawatan ‘familiarisasi’ (FAM) ke Negeri Perlis sebagai sebahagian daripada agenda Program Kembara Media 2015.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bermula semalam hingga 29 Oktober ini merupakan aktiviti tahunan dalam usaha memperkasakan jaringan strategik di jabatan tersebut dan pihak media.

Lebih 40 orang pengamal media, termasuk dari Sabah dan Sarawak menyertai program ini.

Program bersempena kempen Perlis Maju 2015 ini memberi fokus kepada kejayaan kerajaan negeri dan pihak swasta dalam pelaksanaan dasar dan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam aspek pengangkutan, teknologi dan inovasi, pertanian, ekonomi, pelancongan dan kebudayaan di Negeri Perlis.

Antara lokasi yang dikunjungi, termasuk projek Tenaga Solar Kuala Perlis, Terowong Lencongan Banjir Kuala Perlis, Ladang Buluh Kampung Nesam, Homestay Ujung Bukit, Rimba Herba dan Gua Kelam.

Selain itu, majlis makan malam turut diadakan malam ini bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

 

Tinggalkan komen anda