Skip to main content
HomeViral

Tiada Hasrat Sertai Pakatan Harapan – Presiden PAS

By 27 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak mempunyai hasrat untuk menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Beliau berpendapat tindakan untuk menyertai pakatan baru seakan-akan tiada makna dan objektif.

“Kami akan terus kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyertai kerajaan, Pas akan kekal sebagai parti pembangkang yang menerangkan dan bukan melakukan serangan. Kita tak ada harapan (dengan apa) yang tak sampai destinasi.

“Ini adalah bas ekspres ke Kuantan tetapi tidak sampai sekalipun di Kuala Lipis,” katanya dalam sidang media di Parliamen, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya sedia berjuang dengan kerajaan semasa atau parti politik yang lain demi masa depan negara.

“Bukan kami tidak mampu bersendirian, tetapi kami pernah melakukannya maka, kami percaya bahawa banyak parti politik bergantung kepada kami untuk sokongan kerana cawangan kami dan akar umbi yang kuat.

“Jika demonstrasi diadakan, jika Pas tiada, tidak akan ramai orang, untuk mengatakan bahawa kami bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar, tetapi kami akan bekerjasama dalam hal yang baik, bukan dalam hal yang buruk,” katanya.

Sebelum ini, PAS menjelaskan bahawa parti itu terbuka untuk menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti pada pilihan raya umum akan datang termasuk UMNO.

Namun begitu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pada masa kini kerjasama politik yang melibatkan parti itu hanyalah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

Tinggalkan komen anda