Skip to main content
EkonomiHome

Ikut Teladan Rasulullah SAW Dalam Memimpin Negara – PM

By 27 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menekankan betapa pentingnya teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW dengan tuntutannya supaya menjadi pemimpin bersikap adil dan munasabah.

Namun begitu, beliau menjelaskan ruang masih ada untuk invididu lain menyuarakan pendapat demi masa depan rakyat dan negara.

“Kerjasama, keikhlasan, dan keadilan antara perkara yang diamalkan Rasulullah dalam mentadbir negara, agama telah bawa nilai paling penting iaitu keadilan seperti yang permah diamalkan Nabi Sulaiman satu masa dulu,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Antarabangsa “Agama dan Keharmonian Hidup Bersatu” di Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

“Kita harus terima realiti bahawa terdapat perbezaan fahaman agama di dunia ini, kita harus sedia untuk dengar dan buka minda agar kerjasama antara pemimpin agama berterusan.”

Dalam pada itu, Najib turut menggesa orang ramai supaya menolak aktiviti ekstrem sebaliknya mengamalkan nilai-nilai keserderhanaan.

“Tanpa sikap bersederhana, masyarakat mudah untuk terjebak dengan ekstremisme dan radikalisme, seperti dalam kepercayaan yahudi, perkara yang kamu tak suka, jangan lakukannya kepada orang lain.” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau menasihatkan masyarakat Islam supaya menolak sebarang anasir ekstrem dan liberal dengan menjadikan nilai-nilai islam sebagai amalam harian.

Najib berkata Islam adalah agama yang mengamalkan budaya keamanan dan bukan agama keganasan.

 

Tinggalkan komen anda