
Oleh Latifah Salleh (Muar)
MUAR, 28 Okt (Malaysiaaktif) — Program Penyampaian Sijil Galakan Usahawan Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Muar diadakan pada 22 Oktober lepas bertempat di Dewan Terbuka Taman Desa Sg. Abong, Muar.
Seramai 40 orang peserta dari semua mukim menerima sijil galakan usahawan dan juga barangan berupa mesin dan peralatan lain yang telah dipohon sebelum ini.
Program disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail, yang mewakili Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Haji Ismail Mohamed. Turut hadir, Pegawai Daerah Muar Ruzaili, wakil, Pegawai Pertanian Daerah dan kakitangan Pejabat Pertanian
Dalam ucapannya, Zaiton menyeru orang ramai, khususnya para peserta supaya lebih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pejabat pertanian atas usaha ini dan berharap pihak Jabatan Pertanian terus bersama pengusaha untuk mempelajari kaedah baru dalam bidang yang diceburi peserta, terutama dalam sektor pertanian dan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).