Skip to main content
HomeJohorViral

[TERKINI] APMM Patah Cubaan Rompak MT Almi Spirit

By 15 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Okt (Malaysiaaktif / TERKINI) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) Maritim Johor Bahru berjaya mematahkan cubaan rompakan terhadap kapal MT Almi Spirit di perairan Tanjung Piai, Johor pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Bahru, Kepten Maritim Aminuddin Abd Rashid berkata, “Pihak Maritim menerima maklumat lebih kurang pukul 6.10 pagi bahawa MT Almi Spirit dirompak di perairan Indonesia berhampiran sempadan Malaysia di perairan Tanjung Pelepas, Johor.

 

DSC_0003

 

“Bertindak atas maklumat kita telah mengarahkan sebuah kapal KM Rawa yang sedang melakukan rondaan untuk ke lokasi. Lebih kurang jam 8.35 pagi, KM Rawa berjaya mengesan MT Almi Spirit sedang bersauh di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika dari Tanjung Pelepas,” katanya.

Aminuddin juga berkata, “Pihak kita juga telah mengarahkan sebuah kapal KM Satria dan sebuat bot Kilat 18 untuk membantu KM Rawa.”

Hasil siasatan mendapati perompak seramai 6 orang bersenjatakan parang dan disyaki menggunakan bot laju.

“Dengan tindakan pantas dari pihak Maritim, perompak tidak dapat mengambil apa-apa barang dari kapal apabila ternampak Kapal Maritim menghampiri dan bergegas keluar dari kapal MT Almi Spirit. Sehingga sekarang siasatan masih lagi dilakukan oleh pihak Maritim,” Jelas Aminuddin lagi.

Kapal MT Almi Spirit didaftarkan di Liberia dengan membawa 26 kru terdiri daripada empat warganegara Ukraine dan 22 warga negara Filipina.

Kapal dari Brazil ini sedang menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan membawa muatan minyak Marine Fuel oil (MFO) sebanyak 90,000 tan metric bernilai lebih kurang 23 juta dolar Amerika

 

Tinggalkan komen anda