Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Semakin Ramai Penduduk Langkawi Terkesan Jerubu

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Salwa Razak,Mohd Nazri Saparudin,Saiful Haidar Salleh & Mohd Azrul Hafiz Nazri

LANGKAWI, 22 Okt (Malaysiaaktif) — Jerebu rentas sempadan yang melanda ekoran pembakaran hutan di negara jiran semakin menghimpit penduduk negara ini, terutama dari segi kesihatan.

Sejak pukul 2.00 petang tadi, bacaan IPU mencatat 252, iaitu tahap yang dianggap amat tidak sihat.

 

20151022015852

 

Tinjauan Malaysiaaktif  ke Pusat Kesihatan Kuah mendapati ramai pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan kerana terkesan oleh jerebu.

Pegawai Kesihatan yang bertugas, Azhan Abdullah  berkata udara berjerubu banyak menyebabkan berlaku kes sakit mata, sakit tekak, gangguan pernafasan dan selesema.

Beliau menasihatkan mereka yang berada di Langkawi supaya memakai topeng muka ketika berada di luar.

Sementara itu, beliau berkata setakat semalam klinik tersebut merekodkan seramai 42 pesakit yang terdiri daripada 23 kanak-kanak dan 26 orang dewasa.

 

Tinggalkan komen anda