Skip to main content
HomeViral

Zahid: Isu Jerebu Tidak Perlu Tuding Jari Salahkan Indonesia

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) – “Tidak perlu tuding jari. Tidak adil untuk kita memberi tekanan kepada Indonesia untuk menangani isu jerebu yang semakin menjadi-jadi belakangan ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sendiri telah menyuarakan komitmen republik itu untuk menyelesaikan masalah berkenaan bersama semua negara ASEAN.

Kita patut mencontohi Tabung Haji Plantation menggunakan pendekatan pengairan dan perparitan dan bagi mengelakkan kebakaran daripada berlaku seterusnya mengelakkan jerebu berleluasa.

Jadikan peristiwa jerebu yang berlaku ini sebagai hikmah,” demikian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2015 yang berlangsung pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda