Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Suntikan Vaksin Rabies Hanya RM5 – Jabatan Veterinar

By 7 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Sufian Kamarudin & Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

PADANG BESAR, 7 Okt (Malaysiaaktif) — Pemilik anjing digesa mendapatkan suntikan vaksin bagi mengawal wabak penyakit anjing gila atau Rabies dengan hanya RM5.00.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menganjurkan Program Pemvaksinan Rabies dan Perlesenan Anjing bermula 5 Oktober dan berakhir pada 10 Oktober.

Pegawai Veterinar Kelantan, Dr. Nurul Huda Zairi berkata, setiap anjing yang telah mendapat suntikan akan diberi tanda pengenalan diri di leher bagi membezakan anjing liar dan anjing milik individu yang telah mendapat suntikan vaksin.

“Anjing yang belum terima vaksin Rabies boleh dijangkiti virus Rabies daripada haiwan lain yang berpenyakit.

“Sekiranya manusia digigit atau dicakar oleh haiwan yang telah dijangkiti penyakit Rabies, ia boleh membawa maut,” jelasnya lagi.

Program ini dijalankan dari rumah ke rumah bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sebanyak 90 lokasi pusat suntikan dibuka bagi memudahkan pemilik anjing mendapatkan suntikan vaksin.

 

Tinggalkan komen anda