Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Tabung Haji Ziarah Waris Jemaah Haji Meninggal Di Makkah

By 7 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Suwardi Abdul Wahab, Sherul Nizam Zakaria & Mahyuddin Abdul Rani

BAYAN LEPAS, 7 OkT (Malaysiaaktif) —  Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Bahagian Pengurusan Tabung Haji (TH) hari ini melaksanakan sesi ziarah ke rumah dua waris Jemaah Haji yang meninggal dunia di Makkah.

Sesi ziarah diadakan di rumah waris Allahyarham Mohd Ismail Abdul Salam, 66, di Bukit Gedong, Bayan Lepas dan di rumah waris Allahyarham Aziz Yeop Chulan, 84, di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Menurut Abdul Azeez, Allahyarham Mohd ismail Abdul Salam yang menaiki penerbangan KP21 ke Tanah Suci Mekah meninggal dunia di Hopital King Faisal akibat keuzuran,  manakala Allahyarham Aziz Yeop Chulan meninggal dunia di Makkah kerana sakit jantung pada 23 September lalu.

Abdul Azeez memaklumkan bahawa  penerbangan terakhir membawa jemaah haji akan tiba pada 28 Oktober.

 

20151007025611 (1)

 

Mengikut rekod TH seramai 33 orang jemaah haji meninggal di Arafah pada waktu wukuf dan seorang lagi meninggal di Malaysia.

Abdul Azeez berkata kesemua kematian adalah disebabkan kemalangan dan sakit jantung.  Tiada sebarang kematian melibatkan jangkitan virus atau penyakit berjangkit.

Mengenai had umur bakal haji, Abdul Azeez menjelaskan bahawa pihak TH tidak boleh menidakkan hak ahli Tabung Haji, dan pihak TH tetap akan memberi keutamaan kepada ahli yang berumur serta melepasi segala prosedur kesihatan dan syarat syarat yang ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji.

Kata beliau lagi, pihak TH akan terus membantu ahli keluarga waris sekiranya mereka memerlukan.

Abdul Azeez turut memaklumkan bahawa pihak TH akan membantu isteri Allahyarham Aziz menunaikan Haji pada tahun hadapan.

Sementara itu, waris jemaah haji, Mohd Firdaus Mohd Ismail mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tabung Haji di atas keperihatinan dan bantuan mereka selama ini.

Isteri Allahyarham Aziz Yeop Chulan Salamiah Sehar, 57, turut bersyukur dan terharu di atas kesudian pihak TH hadir ke rumah beliau pada hari ini.

Bacaan tahlil dan doa selamat diadakan ketika ziarah, disamping penyerahan sumbangan oleh Abdul Azeez mewakili Tabung Haji kepada waris-waris Jemaah Haji.

 

 

Tinggalkan komen anda