Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Ban Pecah Mengancam Sawah Di Kampung Sawa Besar

By 7 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ramli Md Rus (Pendang)

PENDANG, 7 Okt (Malaysiaaktif) — Ban yang dibina oleh pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk kegunaan petani di sekitar kawasan ini pecah semalam hingga menyebabkan air melimpah deras memasuki kawasan sawah.

Sehingga hari ini, Malaysiaaktif mendapati air semakin laju mencurah keluar daripada tali air memasuki Sungai Korek kerana hakisan bahagian ban yang pecah sudah menjadi semakin besar.

 

20151006221954

 

Menurut Penghulu mukim Air Putih, Mukhtar Ahmad, kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam itu turut menyebabkan laluan di kawasan berkenaan dinaiki air.

Beliau berkata pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera untuk membaiki ban yang pecah itu dengan menambahkan piling kayu bakau bagi menguatkan tebing.

Saiz runtuhan ban yang dianggarkan selebar 5 meter dipercayai turut disebabkan oleh hujan dari pagi hingga ke malam.

 

 

Tinggalkan komen anda