Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

‘Gantry’ Hempap Kereta di Lebuhraya, 3 Maut (KEMASKINI)

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA KUBU BHARU, 10 Okt (Malaysiaaktif/ KEMASKINI) —  Tiga maut apabila ‘gantry’ papan tanda di KM 339.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tanjung Malim menghempap sebuah kereta pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

‘Gantry’ tersebut jatuh selepas dilanggar sebuah lori yang terbabas.

 

20151009214343

 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah lori treler  yang menghala ke Ipoh melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lagi lori menyebabkan lori pertama terbabas lalu terbalik dan melanggar tiang ‘gantry’ papan tanda di pembahagi tengah jalan dan seterusnya tumbang menghempap kereta Mercedes Benz yang berada di lorong tengah arah selatan.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Pesara Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh,Dzulkarnain Kamaruzzaman,  64 tahun, isterinya, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak mereka, Nor Juliana Dzulkarnain, 17 tahun.

Pemandu lori pertama dan kelindan hanya mengalami kecederaan, sementara pemandu lori kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Berikutan kejadian itu semua lorong menuju utara dan selatan terhalang menyebabkan  kesesakan trafik sejauh kira-kira dua kilometer.

Juga, sejurus selepas kejadian, PLUS memaklumkan supaya pengguna menggunakan laluan alternatif arah selatan melalui susur keluar Behrang bagi perjalanan ke selatan dan menggunakan susur keluar Tanjung Malim, bagi perjalanan ke utara.

 

20151009213906

 

 

Tinggalkan komen anda