
Oleh Sarah Nur Saad & Hasnol Hadi Hashim (Kulim)
KULIM, 10 Okt (MalaysiaAktif) – Bagi menyahut seruan dalam melahirkan rakyat yang sihat dan aktif, Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Hari Sukan Negara pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Tahun ini, program tersebut disambut serentak di seluruh Malaysia.
Menurut Ahli Parlimem Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, program sebegini adalah langkah baru untuk meletakan kesihatan sebagai agenda utama negara.
Beliau turut mencadangkan ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kulim agar program sebegini diadakan setiap tiga bulan.
Untuk daerah Kulim, lebih 17,000 orang terlibat dalam acara Pertandingan Futsal, Pertandingan Bola Jaring serta jualan barangan sukan yang berlangsung di perkarangan padang SMK Badlishah dan Mini Stadium Keladi.