
Oleh Norsaedah Haron (Kluang)
KLUANG, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Ekspo Agro Johor sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor yang berlangsung selama 10 hari, bermula 6 hingga 10 November 2015, bertempat di Pusat Pertanian Moden Air Hitam, Kluang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh Negeri Johor, terutama pada hari cuti hujung minggu dan cuti perayaan Deepavali.
Ekspo ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Datuk Haji Ayub
Rahmat selaku wakil Menteri Besar Johor pada 6 November lepas.
Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya pameran Jabatan dan agensi kerajaan, promosi dan jualan produk usahawan, pameran jentera, demo masakan, Malam Cinta Allah dan Rasul, Mini Zoo, Pertandingan Karaoke, Pameran Ternakan Hidup, Jualan Orkid, “Tour” Agro Johor, Aktiviti Berkuda, persembahan artis Jemputan di samping hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung.