Skip to main content
Berita TempatanJohor

Gotong Royong Oleh Pelajar CIAST Di Batu Pahat

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh  Haji Ahmad Jofri Ahmad Sulaiman (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Nov (Malaysiaaktif) — Pelajar-pelajar Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Kampus Satelit Batu Pahat  (CSC) Sabtu lepas mengadakan gotong-royong membersihkan rumah penduduk Kampung Parit Bugis dan Kampung Parit Jabar.

Gotong-royong di bawah Program Bersama Mu membabitkan pelajar-pelajar Sesi September 2015 itu bertujuan meringankan beban penduduk yang kurang berkemampuan, selain memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan anak muda dan merapatkan silatulrahim dengan masyarakat kampung.

Program bermula dari pukul 8.00 hingga 1.00 tengahari di Kompleks Penghulu Mukim 9 dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, A. Aziz Ismail.

 

Tinggalkan komen anda