Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Masalah Dadah Remaja Di Kuala Muda Agak Kronik

By 19 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

TIKAM BATU, 19 Nov  (Malaysiaaktif) —  Masalah sejagat penyalahgunaan dadah perlu dibendung segera kerana semakin ramai remaja terjebak sehingga menjejaskan masa depan mereka, memusnahkan keluarga, bangsa dan negara.

Menurut Pengerusi  Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Muda,  Abdul Rahman Ismail, keadaan ini amat membimbangkan.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kuala Muda berharap semua pihak dapat terus membantu menangani gejala tersebut melalui usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan matlamat negara sifar dadah.

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai  Daerah Kuala Muda, Syarifah Norulahyikah Syed Mohamad, beliau menyeru ibu bapa bersama anak-anak supaya  mengisi masa dengan aktiviti berfaedah, seperti sukan dan beriadah. Ini, katanya dapat menarik minat dan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan masalah dadah.

IMG_2577

Beliau berkata demikian semalam pada majlis perasmian Program Damai ‘Komuniti Bebas Dadah’  Peringkat Daerah Kuala Muda. Program dianjurkan oleh  PEMADAM Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda dan PEMADAM Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Agensi Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala  Muda, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan, hari ini.

Sempena  majlis tersebut, Syarifah Norulahyikah  yang juga mengetuai Ziarah Kesedaran Anti Dadah, menyampaikan bantuan  kepada tujuh buah rumah Orang Kena Pengawasan (OKP) dalam kawasan Tikam Batu.

Sementara itu, seorang bekas pelatih Cure & Care Bukit Chabang, Abdul Manaf Bakar,42, yang pernah menagih dadah sejak berusia 20 tahun, bertekad menghentikan penagihanya kerana sudah insaf dan mengambil iktibar setelah dadah merosakkan kehidupannya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Sungai Pasir, Safarin Irfan Nazri,15, faktor berlaku penyalahgunaan dadah ialah kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah dari segi sosial, seperti risiko dijangkiti HIV/AIDS.

Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin,37, berkata, penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja sekarang agak kronik di daerah Kuala Muda, terutama kawasan berhampiran perkampungan nelayan dan ladang kelapa sawit. Tambahnya lagi, di kawasan ini penjualan dadah tidak secara langsung memberikan impak tidak baik kepada remaja yang sentiasa mahu mencuba.

Turut hadir pada program tersebut, Pengerusi  Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda, Lt. Kol (B) Zulkifli Yusof.

 

Tinggalkan komen anda