Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hospital Langkawi Sambut Ulang tahun Ke 100

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Saiful Haidar Salleh, Mohd Nazri Saparudin, Muhd Asrul,  Hafiz Mohd Nazri (Langkawi)

LANGKAWI, 19 November (Malaysiaktif) — Hospital Langkawi yang terletak di Bukit Tekoh, Jalan Padang Mat Sirat mengadakan sambutan ulang tahun ke 100 tahun pada 16 hingga 19 November lepas.

Sempena sambutan itu pelbagai acara dan perkhidmatan kesihatan percuma disediakan kepada orang ramai, termasuk pemeriksaan mammogram, pap smear, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan kuiz kesihatan.

audian

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Malaysia Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah.

Hospital Langkawi mula beroperasi sejak 1915 di Pekan Kuah.Bertepatan dengan pembangunan sebagai Pulau Bebas cukai, sebuah hospital baru yang di lengkapi dengan kuaters untuk kakitangan dibina dan siap sepenuhnya pada 15 November 1995 dengan kos RM72 juta.

 

Tinggalkan komen anda