Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival Budaya Ilmu Untuk Membudayakan Amalan Membaca

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG, 19 November (Malaysiaaktif ) — Persembahan boneka mewarnai Karnival Budaya Ilmu yang berlangsung di Dewan Cemara Pekan Kubur Panjang semalam.

Karnival ini antara usaha untuk menggalakan minat dan membudayakan amalan membaca berterusan selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

IMG_20151118_101456

Sebagai antara inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), karnival ini melibatkan pelbagai agensi, jabatan kerajaan serta Komuniti 1Malaysia (K1M) Mukim Rambai.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk pertandingan Futsal, Congkak, Dam, Penulisan Jawi , Gubahan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan.

Menurut Penyelia Zon 6 Perpustakaan Desa Kubur Panjang, Cin Daa Hua Sing, karnival ini diharap dapat menarik lebih ramai penduduk menggunakan kemudahan perpustakaan yang disediakan kerajaan bagi menambah ilmu melalui pembacaan.

Katanya lagi di Daerah Pendang terdapat 12 buah perpustakaan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

 

Tinggalkan komen anda