
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 21 Nov (Malaysiaaktif) — Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 di Litar Pasir Gudang Sabtu lepas.
Kejohanan turut menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin,15, anak kelahiran Johor, dari Pasukan Petronas Yamaha Maju Motor yang memakai motor nombor 27 menjuarai keseluruhan kejuaraan CP115 Pusingan Ke-10.
Di majlis itu juga Tunku Temenggong berkenan menerima cenderahati daripada Kasma Daniel, iaitu motor tunggangan yang membawa tuah kepada beliau sehingga menjadi juara keseluruhan.
Turut hadir Naib Presiden Petronas Upstream International , Sharbini Suhaili.