
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Peringkat Batu Pahat diadakan semalam.
Sambutan yang berlangsung di Dataran Penggaram Batu Pahat bermula pada pukul 6.45 pagi dengan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Haji Mohd Halim Hasbullah.
Aktiviti termasuk Program J-Robik, Basikal Santai, Program 10 Ribu Langkah, Pertandingan Mewarna dan Melukis, Persembahan Kebudayaan dan Pertandingan Bola Sepak memeriahkan suasana dan menarik ramai pengunjung.
Selain meraikan Hari Keputeraan Sultan Johor, majlis memberi kesempatan untuk rakyat Negeri Johor di sini beriadah dan berinteraksi.