
Oleh Haliza Mohd Taib (Muar)
MUAR, 22 Nov (Malaysiaaktif) — Padang bolasepak Parit Asam Kumbang, Zon Parit Bakar dirasmikan semalam.
Majlis yang berlangsung pada pukul 4.30 petang di Padang Bolasepak Kelab Sukan Kampung Parit Asam Kumbang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.
Sempena majlis tersebut, perlawanan bolasepak turut diadakan di antara empat kumpulan terdiri daripada Pasukan harimau Kampung Parit Pinang Seribu, Pasukan Harimau Kampung Parit Raja, Pasukan Harimau Kampung Asam Kumbang dan Pasukan Harimau Kampung Parit Bakar. Razali antara yang turut bermain bersama penduduk kampung.
Majlis dihadiri lebih 400 orang yang juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma.