Skip to main content
Berita TempatanHomePerakViral

Mangsa Banjir Perak Naik 315 Pagi Tadi

By 21 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, 21 Nov — Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 315 orang pagi ini berbanding 286 orang malam tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.

Beliau berkata mangsa banjir terbaru di Bukit Merah, Batu 38 dan Batu 40 daerah Bagan Serai iaitu seramai 34 orang daripada 12 keluarga yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah berikutan air naik setinggi 0.9 meter akibat hujan lebat petang Jumaat.

“Sementara, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak, membabitkan Kampung Lorong Mesra, Batu 9, Lorong Kedah dan Kampung Baru Batu 8, masih kekal dengan 167 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata mangsa tanah runtuh pula berkurangan dari 75 orang kepada 61 orang membabitkan Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas yang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah, Kampung Padang Serai.

“Mangsa banjir di Bagan Serai, membabitkan Kampung Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam, meningkat kepada 53 orang daripada 14 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,” katanya.

Hujan yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan air naik antara 0.2 meter hingga 0.9 meter di kawasan terbabit, akibat daripada limpahan air sungai berhampiran, katanya.

 

– MS

 

Tinggalkan komen anda