Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Terkaman Rara Selamatkan Tuannya Daripada Dipatuk Ular

By 20 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Md Zakry Chan (Melaka)

[EKSKLUSIF] MELAKA, 20 Okt (Malaysiaaktif) — Seekor Kucing kampung bernama Rara kepunyaan Muselamah Baba, 69 menyelamatkan beliau hari ini daripada patukan ular.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengahari apabila Muselmah sedang menyapu di luar rumahnya di Kampung Bukit Sedanan. Tanpa disedari seekor ular kapak tokong berukuran 1.5 meter menghampiri beliau. Kebetulan pada masa yang sama Rara yang berada bersama-sama tuannya terus menerkam ular tersebut dan berbuat bising untuk memberi amaran akan bahaya yang menghampiri.

Muselmah yang menyedari kehadiran ular tersebut lantas menjerit meminta pertolongan daripada anaknya. Namun, apabila anaknya sampai ke tempat kejadian, Rara telah berjaya membunuh ular tersebut.

Rara, kucing kampung telah enam tahun dipelihara oleh keluarga Muselmah. Kucing istimewa yang diberi makan nasi putih  digaul bersama isi ikan sering kali membantu keluarga tersebut menangkap tikus.

 

Tinggalkan komen anda