Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penduduk Jalan Susur Sg Merlimau dapat Jambatan Baharu

By 26 November 2015November 29th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA 26 Okt (Malaysiaaktif) — Kira-kira 100 buah keluarga sekitar Jalan Susur Sungai Merlimau, menarik nafas lega apabila pembinaan jambatan baharu yang dijadikan jalan alternatif utama bagi menggantikan jambatan rosak yang berusia 13 tahun telah bermula pembinaannya.

Seorang penduduk Haliman Mamod, 50, berkata, pembinaan jambatan baharu itu menamatkan penantian mereka selama tiga tahun untuk jalan alternatif ke tempat kerja dan sekolah.

“Jambatan baharu ini menyelesaikan masalah kami setiap hari kerana tidak perlu melalui jalan utama yang mempunyai lampu isyarat dan sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas,” ujar beliau kepada Malaysiaaktif.

merlimau2

“Kami telah mengusulkan agar jambatan baharu ditambah ketinggian berbanding sebelum ini untuk mengelakkan daripada berlakunya banjir apabila hujan lebat,” tambah beliau.

Sementara itu, Zarina Mad Dol, 41 berkata jalan akan terputus apabila air Sungai Merlimau naik bila  hujan lebat walaupun empangan Merlimau dibuka untuk laluan air ke laut. Ini kerana reka bentuk jambatan yang berbentuk landai.

“Jambatan yang lama sangat berbahaya dan dibina tanpa pengadang dan tanpa spesifikasi yang betul. Pembinaan jambatan baharu ini membuktikan ADUN kawasan, Datuk Roslan Ahmad mengambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat,” ujar beliau.

 

20151125205613

Jambatan baharu dalam pembinaan.

Namun begitu Zarina berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menambah baik sistem perparitan untuk mengelakkan air melimpah sehingga membanjiri rumah berhampiran.

“Aduan jambatan ini telah lama diambil kira oleh Datuk Roslan dan apabila peruntukan telah diperoleh, projek ini segera dijalankan kerana beliau sangat menitikberatkan keperluan masyarakat,” jelas Setiausaha JAPERUN Merlimau, Suhaimi Ahmad.

Pembinaan jambatan mengambil masa 20 hari dan dijangka siap pada hujung Disember.

 

Tinggalkan komen anda