Skip to main content
Berita TempatanSabah

Peniaga Bantah Pindah, Tapak Tamu Baru Kurang Kemudahan

By 26 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Shukri Ag.Sarudin & Stephen Jipolin Jouti (Sabah)

PUTATAN, SABAH, 25 November 2015 (Malaysiaktif) – Para peniaga di sini hari ini mengadakan bantahan terhadap tindakan meminta mereka menggunakan Tapak Astaka Mini Stadium bagi sebagai lokasi Tamu baharu.

Walaupun mereka akur bahawa pembangunan penting untuk masyarakat setempat, terutama para peniaga yang membelanjakan sejumlah kos bagi mendapatkan kemudahan atas perkhidmatan yang ditawarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun isu yang dibangkitkan ialah kesesuaian.

Terdahulu, Majlis Daerah Putatan (MDPTN) memaklumkan bahawa hampir RM30,000 digunakan bagi membangunkan Tapak Tamu baharu, iaitu Tapak Astaka Mini Stadium bagi menggantikan Tapak Tamu lama yang tidak lagi sesuai digunakan.

Pembinaan melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan masuk, pembaikan sistem perparitan bersebelahan dengan Dewan Baru Sri Putatan yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Namun, walaupun kawasan baharu ini luas dan lebih selesa, ia di bantah para peniaga yang mendakwa lokasi tidak strategik dan kurang kemudahan.

Peniaga sayuran, Nohidayah Awin, 52, berkata,”Tapak baru mudah dinaiki air, terutama bila hujan dan menimbulkan kebimbangan keselamatan ketika angin kencang, selain ketiadaan kemudahan elektrik, tandas dan kurang pengunjung.

Pandangannya disokong oleh rakan niaga, Redzuan Alip, 38 yang berniaga ayam dan Theresa Ajin, 54 yang meniaga makanan laut.

Mereka mendakwa MDPTN tidak menjaga kebajikan peniaga walaupun kawasan tersebut suram dan tidak diberi notis pemberitahuan awal tentang perpindahan tersebut.

Tunjuk perasaan yang diadakan pagi tadi membabitkan lebih 30 orang peniaga.

 

Tinggalkan komen anda