Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pilih, Boikot, Lapor – Hak Pengguna Rakyat Perlu Bijak

By 29 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhafiezah Aziz & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 November 2015 (Malaysiaktif) –? Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menyarankan agar rakyat Sabah menggunakan hak mereka sebagai pengguna serta mengamalkan konsep “3M : Memilih, Memboikot dan Melapor” ketika membeli barangan keperluan.

“Saya percaya pengguna yang bermaklumat, berkemahiran dan berdaya upaya akan mampu menangani pelbagai isu dan cabaran kepenggunaan pada masa kini.”

“Sudah tiba masanya pengguna sedar betapa pentingnya kuasa pengguna dalam menentukan pasaran yang lebih sihat dan adil,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah di Wisma Wanita, pagi kelmarin.

Pengguna1

Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima Anugerah Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2015 dan seterusnya merasmikan Galleria Wanita dan Kedai Borneo Mart.

Anugerah Tokoh Pengguna Negeri Sabah dianugerahkan kepada Datuk Amisah Yassin; Anugerah Tokoh Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort II); Anugerah Pengguna Gerakan Pengguna Siswi (Asian Tourism International College (ATI) Kota Kinabalu); Anugerah Tokoh Pengguna Media Cetak (Akhbar Sabah Times); Anugerah Tokoh Media Elektronik (Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sabah); Anugerah Tokoh Pengguna Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (James Bagoh) dan Anugerah Tokoh Pengguna kategori Orang Awam (Ahmad Mahmod).

Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2015 turut diserikan dengan pertandingan masakan menu sihat, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan artis Sabah dan juga persembahan badut dan silap mata serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

 

Tinggalkan komen anda