Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Bubur Assyura Di Kampung Tok Lawit

By 10 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Afnan Hakimi b Abd Aziz & Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 10 Nov (Malaysiaaktif) — Sebanyak 15 kawah bubur asyyura di masak sempena program Bubur Assyura di perkarangan Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit hari ini.

Lebih 500 orang penduduk menyertai program yang diadakan bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di sini.

20151110015509 (1)

Selain penyediaan bubur assyura yang dimasak pada sebelah pagi dan kemudian diagihkan kepada penduduk, satu ceramah agama bertajuk ‘Hijrah Dalam Sudut Islam’ diadakan pada sebelah petang oleh Ustaz Ahmad Sabri Mohd Mat Zin.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Tok Lawit bersama pihak Biro Ekonomi dan Keusahawanan Umno Bahagian Hulu Terengganu serta jabatan-jabatan kerajaan di daerah ini.

Program dirasmikan oleh pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahwanan Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Nasir Ahmad.

 

Tinggalkan komen anda