Skip to main content
Berita TempatanSabah

Festival Teater Sabah: “Prebet Kabimbangan” Ungguli FTNS 2015

By 1 November 2015November 2nd, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Warman Wagiman, Azman Jumat & JKKN (Sabah)

 KOTA KINABALU, 01 November 2015 (Malaysiaktif) – STAGE Production berjaya merangkul empat anugerah khas menerusi teater bertajuk Prebet Kabimbangan untuk mengungguli Festival Teater Negeri Sabah (FTNS) 2015.

Ismaliza Ishak yang memegang watak Bella dan Sharil Latef sebagai Sahak dalam teater tersebut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita dan Lelaki terbaik, di samping anugerah pelakon harapan lelaki di menangi oleh Mohd Faizan Deraman (Mael ). Prebet Kabimbangan juga turut memenangi anugerah Pengarahan terbaik FTNS 2015.

Pertandingan ini memperlihatkan kreativiti dan kehebatan lapan kumpulan teater yang berkampung selama lapan malam dari 17 hingga 25 Oktober di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) Sabah.

Empty Studio Production yang mempersembakan pementasan The Bear berjaya memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Mazrona Kalinggalan yang memegang watak Elena.

Lakonan mantap Jasni Yakub sebagai Tuan Presiden dalam teater Pulau Tanpa Cinta, Badan Bahasa dan Sastera Sabah berjaya memenagi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Sementara itu Teater Dewan Persidangan persembahan dari kumpulan Seni Kreatif UMS memenangi anugerah Sinografi Terbaik dan anugerah pelakon harapan wanita terbaik menerusi Nurfarahin yang memegang watak Puan Tertinggi.

Kumpulan teater yang menyertai FTNS 2015 ialah Empty Studio Production dengan teater berjudul The Bear; Badan Teater Sabah yang mementaskan teater bertajuk Tetamu; Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Pulau Tanpa Cinta; STAGE Production mempertaruhkan Prebet Kebimbangan.

Manakala, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian ( KARISMA ) dengan judul 2025; Kelab Sastera Mahasiswa UMS menerusi Hartini; Seni Kreatif UMS, Dewan Persidangan dan Badan Budaya Perbadanan Labuan yang mempersembahan teater Lagenda Pulau Mayat.

Timbalan Pengarah Produksi, Istana Budaya yang juga merupakan Tokoh teater Makyong, Rosnan Abdul Rahman mengetuai panel juri FTNS disamping Susan Bansin, Penasihat pembangunan teater ‘ Society of performing Arts Kota Kinabalu ’ (SPARKS) serta Mohd Hazlee Ali Zapar Pengerusi Green Leaf Theatre House.

FTNS 2015 menobatkan Prebet Kabimbangan sebagai juara yang menerima hadiah bernilai RM 5,000 dan Piala. Manakala teater Dewan Persidangan dan Tetamu menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah bernilai RM 3000 dan RM 2000 beserta piala.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Kamarlin Ombi.

 

Tinggalkan komen anda