Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Pewaris Muda Di Kampung Sungai Batu

By 22 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Asmaya Ali (Teluk Intan)

TELUK INTAN, 22 Nov (Malaysiaaktif) — Ke arah meningkatkan nilai tambah kepada belia, satu program anak angkat di bawah Program Pewaris Muda diadakan di Kampung Sungai Batu.

Program tiga hari membabitkan pelajar-pelajar dari beberapa buah Kolej Komuniti ini menyaksikan pengambilan anak angkat oleh penduduk kampung bagi mendedahkan mereka kepada nilai-nilai masyarakat, selain membuka minda mereka kepada kehidupan di luar kepompong pemikiran bandar.

Sempena majlis pelancaran semalam turut diadakan beberapa acara sukan kampung, seperti permainan boling kelapa, menjala ikan darat, sumpit putik kapas dan lain-lain bagi memeriahkan suasana.

20151122201206 (1)

Penduduk kampung, Hasnah Abdullah, 55, berpendapat program ini baik sebagai persediaan kepada golongan muda menghayati pelbagai wajah kehidupan. Beliau berharap ia akan diteruskan.

Nor Asyikin Baharuddin, 33, pula berasa bertuah kerana mendapat enam orang anak angkat yang rajin membantunya di dapur dan menghormati orang tua.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd Ali Anuar, 18, berharap program ini diteruskan kerana ia memberikan impak positif kepada mereka.

Majlis anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

 

Tinggalkan komen anda