Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bapa, anak antara 12 penagih ditahan AADK Di Kuala Muda

By 22 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 22 Nov (Malaysiaaktif) —¬† Seramai 12¬† penagih dadah , termasuk seorang bapa dan anaknya ditahan oleh pasukan Agensi Andi dadah Kebangsaan (AADK) daerah Kuala Muda Jumaat lepas. Bapa dan anak itu didapati tinggal di sebuah rumah yang dijadikan pusat penagihan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka positif dadah, termasuk methaphetamine.

Kesemua ditahan dalam Operasi Bersih 3  antara pukul 8.00 hingga 11.00 malam .

IMG-20151122-WA0066

Ketua Operasi AADK Kuala Muda, Mohd Fitri Amin Zainol berkata,  seramai 12 orang  ditahan kerana disyaki terlibat dengan penagihan dadah dan pelbagai kesalahan di bawah  seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983.

Menurut Mohd Fitri Amin, operasi pembersihan ini dilakukan bagi membersih dan menyalamatkan  penagih dadah.

Tambahnya, operasi turut dijalankan  di sebuah pondok yang menjadi tumpuan anak muda berkumpul di Pengkalan Batu Lintang dan hasilnya dua orang positif dadah jenis methamphetamine  ditangkap.

Sementara  itu,  Pembantu  Antidadah Daerah Kuala Muda,  Mohd Ezzry Mustafa  berkata,  di kawasan Sungai Petani pula, seramai empat orang ditangkap  kerana positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. Mereka   ditahan dan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi.

 

Tinggalkan komen anda