Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sokongan Masyarakat, Keluarga Sumber Kekuatan OKU

By 30 November 2015Disember 1st, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Jaimis Kunjan @KutemKutim (Sabah)

NABAWAN, SABAH, 30 November 2015 (Malaysiaktif) –? Program pemulihan dalam komuniti (PDK) merupakan latihan bagi OKU melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang merangkumi proses pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Haji Ayid, program ini adalah untuk semua warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan  Kebajikan Masyarakat tanpa mengira had umur.

Beliau berkata, “golongan OKU merupakan salah satu daripada tujuh kumpulan sasar bagi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah untuk diberi bantuan agar mereka dapat menjalani kehidupan sepenuhnya.” .

Seramai  22,462 OKU berdaftar di negeri Sabah dan seramai 1,137 adalah penerima elaun pekerja cacat, 327 orang mendapat bantuan OKU tidak bekerja dan seramai 2,542 bantuan OKU/pesakit kronik terlantar dengan jumlah keseluruhan bantuan kewangan sebanyak RM1,234,650 juta bagi bulan November 2015 sahaja.

Hajah Jainab berharap supaya  semua pihak lebih bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan program pemulihan bagi memastikan kualiti hidup OKU, khususnya di daerah Nabawan bersifat  holistik dan selari dengan aspirasi kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Pemulihan dalam Komuniti di Kampung Ranau-Ranau, Nabawan kelmarin.

 

Tinggalkan komen anda