Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

2,835 Pelajar Terima Bantuan Wang Persekolahan

By 31 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Abidin Ghani, Mohd Hairie Izwan Awang, Mohd Afnan Hakimi Abd. Aziz (Hulu  Terengganu)

HULU TERENGGANU, 31 Dis (Malaysiaaktif) — Seramai , 2,835 pelajar menerima bantuan wang persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Jenagor di sini.

Dalam ucapannya dalam majlis yang dianjurkan oleh DUN Telemong ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telemong, Datuk Rozi Mamat berharap setiap pelajar menggunakan bantuan yang diterima dengan sebaiknya.

20151230222054

Beliau juga menyarankan agar mereka mengikut jejak langkah dan kejayaan Dr. Mohd Firdhaus Samsudin@Mustafa, 27, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu, yang berjaya menamatkan pengajian hingga peringkat PhD dalam jurusan Bio Kimia di Universiti of Oxford, dan seterusnya diterima bertugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom bermula 1 Februari 2016.

Majlis penyampaian sumbangan ini bermula semalam dan berakhir pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda