Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Polis Kedah Terima MPV, URB Baharu Bagi Mantap Tugas

By 31 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 31 Dis (Malaysiaaktif) — Sebanyak 86 unit kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) jenis Proton Inspira 2.0L dan tambahan 44 buah Motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) jenis CBR 250 diserahkan oleh Spanco Sdn Bhd kepada Kontinjen Polis Kedah untuk kegunaan di 11 Ibu Pejabat Polis (IPD) di seluruh Kedah.

Penambahan aset ini bertujuan memantapkan keupayaan  polis Kedah dalam usaha mencegah jenayah, selain mendekatkan polis dengan masyarakat.

20151230233942

20151230234054

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Zamri Yahya berkata demikian dalam sidang media sempena majlis penyerahan kereta peronda polis (MPV) dan motosikal unit rondaan bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini semalam.

Menurut Zamri, IPD Kubang Pasu, IPD Langkawi dan IPD Padang Terap yang terletak bersempadan dengan Thailand akan mempertingkatkan kawalan di daerah masing-masing daripada dibolosi kumpulan ekstremis yang dikhuatiri menyusup masuk ke negara ini.

Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah di Kedah sehingga 29 Disember menunjukkan penurunan sebanyak 13.26 peratus atau 262 kes daripada 7,791 kes berbanding 8,053 kes untuk tempoh sama 2014, manakala kecurian motosikal paling banyak dilaporkan tahun ini, iaitu 3,111 kes, berbanding 3,642 kes tahun lalu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyimpan apa-apa senjata api, termasuk yang tiruan tanpa lesen. Mereka yang memiliki dan menyimpan senjata api tanpa lesen menyalahi undang-undang dan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dihukum sebat tidak kurang daripada enam sebatan.”

Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Cawangan Khas Kedah, DCP Datuk Abu Bakar Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen, SAC Hashim Ali, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Nashir Ya, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa dan Ketua Pegawai Operasi Spanco Sdn Bhd, Azman Idris.

 

Tinggalkan komen anda