
Oleh Mazlin binti Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong menganjurkan Program Kembali ke Sekolah Sabtu lepas bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat.
Seramai 400 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Agama dari Kawasan Parlimen Parit Sulong menerima bantuan peralatan sekolah bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga.
Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad. Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UEM, Noor Aishah Mohamad Nor.