Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Hasrat Bangunkan Teknologi Kesan Sebar Maklumat – Salleh

By 15 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zaharin Harris, Helisia Nohes, (Sabah)

 KOTA KINABALU, 15 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berhasrat mewujudkan satu sistem teknologi baharu bagi mengenal pasti sumber maklumat dalam media sosial yang cuba menyebar maklumat palsu, terutama berkaitan ancaman IS.

Menterinya, Senator Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak, berkata media sosial memainkan peranan penting dan menjadi keperluan kepada masyarakat.

“Kita sebagai pengguna harus bijak menggunakan media sosial untuk kebaikan dan memanfaatkan teknologi sebaiknya.

“Kita tidak akan mengambil keputusan menyekat keseluruhan sistem pembangunan teknologi, tetapi kita perlu mendidik masyarakat agar menggunakan media sosial secara positif,” katanya pada sidang media Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan Sabah 2015 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, pagi tadi.

Berucap pada majlis tersebut, beliau menyeru penjawat awam agar mampu mendidik masyarakat mencari dan menerima maklumat yang sahih.

Terdahulu, ketika merasmikan Seminar Industri Kreatif 2015 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Salleh berkata industri kreatif menjanjikan peluang kerjaya yang amat luas dan mencadangkan pembangunan persekitaran industri diwujudkan supaya dapat dinikmati oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum.

Menurutnya, pihak UMS menyarankan pewujudan sebuah One Stop Film Centre (Pusat Sehenti Filem) untuk kemudahan para penggiat di Sabah selain initiatif FINAS seperti Content Malaysia Pitching Centre (CMPC) dan Creative Industry Lifelong Learning Program (CILL) yang dapat menyediakan platform kepada penggiat industri kreatif tempatan bagi mempertingkatkan kemahiran dan memajukan industri berkenaan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Pitching Dana Mikro kepada penggiat seni kreatif tempatan yang terpilih.

 

Tinggalkan komen anda