Skip to main content
Berita TempatanSabah

Rosnah, Ghulam Lawat Mangsa Kebakaran Kg Laut Kinarut

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Banchang (Sabah)

PAPAR, SABAH, 15 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin semalam meluangkan masa meninjau keadaan mangsa kebakaran di Kampung Laut Kinarut. Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kawang, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar.

Kebakaran yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan empat keluarga. Seorang mangsa,  Saferie Kahar, 49, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung semasa cuba menyelamatkan kenderaan miliknya.

Rosnah dan Ghulam turut menyampaikan sumbangan wang tunai selain akan cuba membantu mangsa yang kini tinggal di rumah saudara berdekatan.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawang juga turut memberikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa kebakaran, termasuk barangan keperluan dapur bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.

 

Tinggalkan komen anda