Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jepun Kagum Dengan Dasar Pandang Ke Timur

By 10 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 10 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Kerajaan Jepun menghargai hubungan baik antara Malaysia dan negara itu yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa berkata generasi kini perlu berterima kasih atas komitmen pelbagai pihak sebelum ini yang telah menyumbang kepada hubungan baik tersebut.

Katanya, pelaburan Jepun di Malaysia adalah yang tertinggi dan telah mewujudkan 400,000 peluang pekerjaan.

Jelasnya, kerajaan Jepun juga mengagumi pendekatan dasar pandang ke timur yang telah memainkan peranan dalam menyuburkan lagi jalinan persefahaman di antara dua negara.

“Kerajaan Jepun akan terus meningkatkan kerjasama tersebut, terutama dalam perkongsian teknologi terkini untuk mengembangkan industri pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Meraikan Hari Jadi Maharaja Jepun Ke-82 di sini kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin yang mewakili Ketua Menteri Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

 

Tinggalkan komen anda