
BANDAR BAHARU, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Seluruh ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daerah Bandar Baharu hari ini diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Keluarga AIM.
Majlis yang diadakan ini bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan ‘sahabat’ AIM.
Penolong Pengurus AIM Cawangan Kulim/Bandar Baharu, Salmiah Desa berkata inisiatif AIM telah melahirkan ramai usahawan dari kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan rendah melalui pembiayaan kredit mikro, bimbingan dan latihan berterusan.
Antara acara yang diadakan termasuk Senamrobik, Sukaneka, , Gubahan Bahan Terpakai dan Gerai Jualan oleh Sahabat AIM.
Majlis dirasmikan oleh Penghulu Mukim Bagan Samak, Azlan Jusoh.