Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Hujan Lebat, Angin Ribut Landa Bandar Perdana

By 14 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 14 DIS (Malaysiaaktif) – Hujan lebat bersama angin ribut yang berlaku pada pukul 6.00 petang menyebabkan beberapa pokok besar tumbang di sini Sabtu lepas.

Trafik dari Jalan Bandar Perdana menghala ke Taman Keladi terputus seketika sementara menunggu bantuan daripada pihak berkuasa tiba.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad,berkata, Pusat Kecemasan Operasi Daerah (PKOD) JPAM Kuala Muda  menerima  panggilan kecemasan kejadian kes pokok tumbang pada kira-kira pukul 6.10 petang di Jalan Bandar Perdana, Bandar Perdana.

 

IMG_3083

 

Sebuah jentera bersama empat anggota diketuai oleh Staf Muda (PA) Muhd Fairus Rosdi dikerahkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok dan membersihkan laluan jalan yang turut dibantu oleh anggota Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Azahar berkata, aliran trafik kembali pulih setelah kerja pemotongan pokok selesai pukul 12.30 malam. Tiada sebarang  kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian pokok tumbang juga dilaporkan di kawasan Sekolah Bandar Putri Jaya dan di Taman Keladi.

Dalam pada itu, Azahar memberitahu wartawan Malaysiaaktif bahawa orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian utama  ’999’ (Malaysia Emergency Respon Service – MERS). Perkhidmatan tersebut melibatkan empat jabatan lain, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, hospital dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat  Kecemasan Operasi Daerah (PKOD) JPAM Kuala Muda, di talian 04-423 5673, 04-423 5682 dan 04-423  5708 yang beroperasi 24 jam.

 

Tinggalkan komen anda