Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Peniaga Berpiket Kecewa Dengan MPLBP Tidak Sambung Permit

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Salwa Abd Razak, Muhammad Azrul Hafiz Nazri & Saiful Haidar Salleh (Langkawi)

LANGKAWI,14 Dis (Malaysiaaktif) — Kira-kira 30 orang peniaga semalam berpiket di Pekan Rabu Langkawi kerana kecewa dengan pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP) yang tidak menyambung permit perniagaan Pasar Malam sehingga 31 Disember ini.

Mereka merujuk kepada dua karnival yang sedang berlangsung, iaitu Karnival Borong di kawasan bazar dan karnival di tapak bazar Ramadan yang jarak antara satu sama lain hanya sekitar 1km. Keadaan ini dikatakan mencetuskan persaingan dan perebutan pelanggan.

 

20151214204353 (1)

 

Peniaga di tapak Pasar Ramadan di pekan Kuah mendakwa keadaan ini menyebabkan bilangan pengunjung ke tempat mereka merosot dan seterusnya menjejaskan pendapatan mereka.

Setakat ini pihak Koperasi Pembangunan Wanita Langkawi yang merupakan penganjur karnival di tapak Bazar Ramadan telah membuat aduan bertulis kepada MPLBP tentang isu berkenaan dan mereka berharap tindakan segera diambil.

 

 

Tinggalkan komen anda