Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Idris Arah Pihak Berwajib Pantau Keadaan Mangsa Banjir Melaka

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA 15 Dis (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan jawatankuasa yang terlibat termasuk penghulu untuk memantau bilik gerakan banjir yang kini beroperasi 24 jam.

Beliau berkata kerajaan negeri sedia maklum fizikal dan mental mangsa-mangsa banjir ini tertekan.

“Mangsa banjir perlukan sokongan, justeru pegawai-pegawai kerajaan akan sentiasa bersama -sama memberikan sokongan dan motivasi kepada mereka,” katanya.

 

20151214202736 (2)

 

Beliau juga berharap agar pihak pejabat daerah dapat mengendalikan pengurusan dan pentadbiran di pusat pemindahan dengan baik.

Memandangkan ketika ini mangsa memerlukan perhatian yang tinggi daripada pihak berkuasa, maka Idris berharap mangsa turut memberi perhatian kepada keselamatan anak-anak agar tidak bermain di kawasan banjir untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini  berlaku.

“Saya telah membuat keputusan dengan Datuk Wira Naim selaku pengarah bencana alam negeri Melaka untuk menghulurkan bantuan berupa wang tunai RM500, bukan sebagai ganti rugi tetapi sebagai meringankan beban,” jelas Idris.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan banjir awal pagi tadi di SK Kerubong yang menempatkan seramai 190 mangsa terdiri daripada 46 keluarga.

Idris juga berharap supaya mangsa bersabar dengan fenomena alam yang berlaku dan berpesan agar mangsa tidak pulang ke rumah tanpa arahan daripada pihak berkuasa.

 

Tinggalkan komen anda