Skip to main content
Berita TempatanSabah

Konsert Aktif 7 RTM Sempena Sambutan Tahun Baru Di KK

By 22 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Yahya Abdul Rajak & Sofia Daud (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Orang ramai dijemput bagi memeriahkan Program Bersepadu Radio & TV 2015 yang merangkumi ‘Telematch & Konsert Aktif 7’ di Perkarangan Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dekat Jalan Lintas, pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara yang menarik pada Sabtu ialah gerai jualan, rakaman telematch (TV), pameran dan sesi saringan karaoke di samping sidang media dan raptai penuh rakaman Konsert Aktif 7.

Pada Ahad pula, berlangsung acara gerai jualan, pameran,  pertandingan akhir karaoke dan acara kemuncak, iaitu Konsert Aktif 7 yang membariskan artis-artis popular tanah air, seperti Dayang Nurfaizah, Mus May, Firman (AF), Adira, Fourteen, Fairuz Misran, Tracy Woon, Dino Menara serta DJ Sabahfm dan SabahVfm bermula pukul 8.00 malam.

Konsert tersebut akan ke udara secara langsung menerusi NASIONAL fm dan SABAH fm sempena sambutan tahun baharu 2016 dan disiarkan menerusi saluran TV2 pada 1 Januari 2016, pukul 9.00 malam.

Turut beraksi, penyampai popular radio RTM antaranya, DJ Muaz dan Odey dari NASIONALfm, DJ Sonic (KLfm), DJ Ady (Radio Klasik), DJ Ravin (MINNALfm), DJ Mary (TRAXXfm), DJ Katy (ASYIKfm), DJ Moon (Sabahfm) dan DJ Dennis (SabahVfm).

Program tersebut bertujuan mendekati pendengar radio dan penonton setia yang sentiasa menyokong RTM, sekaligus menonjolkannya sebagai stesen penyiaran negara yang terus relevan dalam penyampaian maklumat.

Selain menyaksikan konsert, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan Ikon RTM serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.

 

Tinggalkan komen anda