Skip to main content
Berita TempatanJohor

Program “Kembali Ke Sekolah” Ringankan Beban Keluarga

By 2 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nor Adilah Abdullah (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 2 Dis (Malaysiaaktif)  – Program ‘Kembali Ke Sekolah’ (Back To School) yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas diadakan di tiga tempat berbeza, termasuk lokasi terakhir di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Easter.

Seramai 1,000 orang kanak-kanak dari 26 buah sekolah di dalam Parlimen Kota Tinggi menerima sumbangan beg dan bekas air minuman.

Majlis dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Yayasan Mesra, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan PLUS Berhad. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  PLUS Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat itu.

 

Tinggalkan komen anda