Skip to main content
HomeViral

PAU 2015:  Muhyiddin Sahkan Kehadiran Namun Tidak Berucap

By 2 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau tidak akan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 bulan depan.

Namun begitu, beliau memaklumkan hasrat beliau untuk hadir dalam perhimpunan yang dilihat sebagai platform menyuarakan cadangan dan pendapat.

“Saya diberitahu tidak boleh berucap, Saya tidak boleh berucap pada perasmian sayap Wanita, Puteri dan Pemuda. Saya diberitahu tidak boleh terlibat dalam ucapan penggulungan.

20151202003806

“InsyaAllah (saya akan hadir), saya timbalan presiden lagi, akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan, jika timbalan presiden tidak boleh bercakap, akar umbi juga mesti boleh bercakap,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Umno, hari ini, bagi menyatakan solidariti kepada sembilan Ketua Umno Cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin parti itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan beliau sedia dikenakan tindakan disiplin oleh parti tersebut berikutan kehadirannya di Ibu Pejabat UMNO hari ini.

“Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat dan jika mereka nak hukum, saya sedia terima, tetapi situasi dan keadaan adalah genting hari ini, apa yang mereka buat adalah sesuatu yang baik, bukan buruk. Harus berikan pandangan dan peringatan.

“Jangan terlalu cepat menghukum, walaupun datang daripada pemimpin kerdil,” katanya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada Perlembagaan UMNO yang mewajibkan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden membuat ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO.

Namun begitu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.

 

Tinggalkan komen anda