Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Terengganu Sertai Johor, Kelantan Haramkan Vape

By 31 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Malaysiaaktif) –Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil keputusan untuk  mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik, bermula bulan depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda memaklumkan perkara  itu dalam satu kenyataan bahawa keputusan itu dibuat selepas pihaknya bersetuju dengan cadangan Majlis Fatwa Negeri Terengganu untuk mengharamkan vape.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri akan mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan khas dengan dengan peniaga vape pada tiga Januari ini, bagi memberi penerangan lebih terperinci berikutan pelaksanaan baru itu.

Sementara itu, Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda menjelaskan keputusan itu dibuat mengikut pandangan Islam dengan berasaskan dalil serta hujah daripada al-Quran dan hadis.

Beliau yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap penggunaan vape memaklumkan penggunaan rokok elektronik bukan sahaja membahayakan kesihatan malah ia mengundang pembaziran

“Jabatan Mufti Negeri sedih dengan perkembangan penggunaan kedua-dua jenis rokok baharu ini apabila ia semakin berleluasa sehingga membabitkan bukan setakat orang dewasa, malah remaja, kanak-kanak dan wanita.

“Penggunaan vape juga merendahkan moral dari sudut lahiriah penggunanya,” katanya yang dipetik dari Berita Harian hari ini.

Keputusan Jawatankuasa itu juga selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebelum ini memutuskan penggunaan vape adalah haram.

Sebelum ini, negeri Johor dan Kelantan juga bertindak mengharamkan penggunaan rokok elektronik yang akan berkuat kuasa awal tahun depan.

 

Tinggalkan komen anda