Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Kementerian Agih RM100,000 Sempena Hari Natal 2015

By 30 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

 KUALA LUMPUR, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 5,000 warga kota yang meraikan Hari Natal menerima sagu hati berjumlah RM100,000 sempena sambutan Hari Natal Peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) 2015.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan itu di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur petang tadi.

Menurut Adnan, sambutan Hari Natal ini berkonsepkan mesra rakyat sebagai satu inisiatif Kementerian untuk mengeratkan hubungan sesama warga kota. Program ini juga dianggap sebagai manifestasi rakyat Malaysia mampu menghormati agama lain walaupun berbeza agama, budaya, bahasa dan latar belakang.

Tambahnya, Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia yang membentuk tanggapan pertama pelancong dan pelabur yang datang. Sesungguhnya, Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang menjadi nadi penting kepada negara.

Beliau tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria, aman, makmur dan dengan alam sekitar yang sihat.

Sementara itu, Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya sosial yang positif. Pelbagai program Komuniti Ceria turut dianjurkan oleh KWP dan Agensi untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kehidupan yang ceria, gembira dan bahagia agar dapat membentuk satu komuniti Wilayah Persekutuan yang berdaya maju, produktif dan harmoni.

 

Tinggalkan komen anda