
Oleh Fauzrina Hj Bulka, Rosidah Saarani, Rizal Jasmi (Melaka)
MELAKA, 6 Jan (Malaysiaaktif) — Kerajaan Melaka melakukan rombakan besar-besaran membabitkan beberapa ketua jabatan dan agensi berkuat kuasa 1 Januari 2016.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengumumkan rombakan ini pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO pagi tadi.
Antara 21 orang yang terlibat, termasuk Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Shahdan Othman yang menggantikan Hazudin Hashim.
Hazudin dinaikkan pangkat sebagai Pegawai undang-undang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka, Tuan Haji Azmi bin Haji Hussain dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM); Khairul Ezuan bin Harun (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad); Datuk Ibrahim Fadzil (Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka); Mohd Derus bin Hj Che Mat (Pegurus Besar MAIM Holdings Berhad; Mustafa bin Musa (Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Melaka.