Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

4PJL terbiar kosong akan dibangun semula oleh PKNK

By 11 Januari 2016Januari 13th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Zihan Zari 10 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Pengumpulan dan Pemborong Produk Pertanian Lembah Jerai ( 4PJL ) diusahakan oleh Kedah Agro Holdings Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri semasa PAS memerintah Kedah, kini sudah tidak berfungsi lagi.

Pusat itu, kini telah terbiar kosong dan ditinggalkan begitu saja, asalnya sebagai hub pengumpulan produk pertanian hasil orang kampung secara runcit dan borong bagi kawasan utara sehingga ke Pulau Pinang, namun pelaksanaannya telah gagal, tanpa diketahui sebab -musababnya. Pusat ini terletak di jalan Lencongan Timur selepas Hospital Sultan Abdul Halim bersebelahan dengan kompleks Lembaga Hasil Dalam Negara dan Kompleks Kastam Diraja, telah dibuka pada 15 Julai 2011. Tinjauan Malaysiaaktif mendapati kawasan sekitar bangunan ini dipenuhi semak samun dan banyak pendawaian elektrik telah dirosakkan dan dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Romli Ahmad,60, berkata, pusat ini perlu dibaikpulih dan dibangunkan semula yang boleh membawa manaafat kepada orang ramai dan mendatangkan hasil jika dirancang dengan teliti. Beliau bimbang jika dibiarkan berterusan, banyak besi yang ada dibangunan ini akan hilang dicuri jika tidak dipantau oleh pihak berkuasa. Malaysiaaktif telah menghubungi Kedah Agro Holdings Berhad untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut. Kata, sumber agensi terbabit, pusat tersebut ditutup dua tahun lepas dan telah diserahkan kembali kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang menjadi pemilik tanah dan bangunan pusat tersebut.

At0DJqiO4_0k3c-iy8LAPhrc7gM1xWU1_NPn4h4OD0pY

Ketika dihubungi, hari ini, Penolong Pengurus Bahagian Perniagaan PKNK, Mohd Johar Jahaya, berkata, “pihaknya akan membangunkan semula pusat ini, akan dieksploitasi sebagai pusat perniagaan dan komersial.”

Tinggalkan komen anda