Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bangunan Lama Pejabat Agama Machang Sarang Penagih Dadah

By 15 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Abdul Rashid Yusof (Machang)

MACHANG, 15 Jan (Malaysiaaktif) — Pejabat Agama Jajahan Machang yang lebih lima tahun ditinggalkan kosong kini menjadi sarang penagih dadah.

Bangunan yang terletak di tepi jalan berdekatan Dewan Majlis Daerah Machang tidak lagi digunakan kerana Pejabat Agama telah berpindah ke pejabat baharu di Jalan Pasir Puteh.

 

20160114192540

 

Menurut seorang peniaga, Hajah Zainab Saleh, beliau pernah terserempak dengan penagih yang keluar masuk ke kawasan tersebut.

Pegawai Agama Jajahan, Mejar Ibrisam Jalaludin pula memberitahu premis berkenaan pada mulanya dirancang untuk dijadikan Pusat Dakwah, tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun, menurut beliau masalah penggunaan premis itu untuk kegiatan penagih dadah dalam perhatian mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab. Ghani memaklumkan pihaknya  menerima aduan tentang perkara tersebut dan kini ia dalam pemantauan.

 

Tinggalkan komen anda